Tuesday 4 December 2012

Penipuan yang tak menjadi!

Assalamualaikum guys and girls!


Post yang lepas aku ada cakap pasal aku hampir kena tipu dengan sorang lelaki ni. Bukan pasal cinta okay, tapi lebih kepada penipuan duit. Harini aku lagi tergerak hati nak cerita pasal ni sebab dengan tak disangka lelaki yang cuba tipu aku tu suruh aku add Fb dia. Annoying tak? Sangat! 


Nak memulakan cerita, ada satu website (Tagged) yang aku pernah sign up tak lama dulu, tetiba lelaki yang dikatakan namanya 'Frank Jeo' hantar mesej yang mintak aku add Fb dia. So aku dengan naifnya add dia as a friend. Setelah chatting selama sejam dua, dia bagitau yang dia nak kasi aku hadiah sebab aku buat dia happy. 


Nak dijadikan cerita, kononnya dia pun hantarlah hadiah tu, lepas tu ada someone contact aku suruh check email. Perfect dia punya penipuan tu. Kononya dia kasi aku barang kemasla, duitla, kasut, beg bagai. Dan aku diminta bayar untuk tax. Konon! Tapi aku bukanlah senaif yang disangka. Aku call that person balik and then text dia lagi. Bila lelaki tu duk gesa aku suruh bayar tax semua, kononnya takut barang tu tak sampai kat tangan aku la, daripada situ aku sangat pasti yang dora ng dah rancang baik punye penipuan! Aku cakap, kalau nak barang tu sampai kat tangan aku, bayar je lah sendiri! Dan aku jugak contact 'office' tu balik dan cakap yang aku dah tau pasal penipuan tu. Haha. Kat  bawah ni aku sertakan gambar yang aku dapat.






Aku pun nak block dia, hmmm tak sempat nak block dia dah deactive pun. Dan sekarang tetiba suruh aku add dia, tau la aku tukar profile picture tapi haih, nak menipu pun tak pandai! Dahla, penat aku cakap pasal orang yang tak penting ni. *Nak cari nangka kat pasar malam, tapi hari nak hujan. -.-' Kbai!





-Things get extraordinary when you're abnormal-


Cecelia Ahern

Assalamualaikum guys and girls!


Cecelia Ahern. Aku memang adore sangat penulis dari Ireland ni, sebab cara Cecelia Ahern menulis lain daripada yang lain. Setiap buku yang beliau hasilkan boleh bagi kesan kat pembaca. Setiap karakter yang beliau tonjolkan boleh bagi satu semangat yang baru, yang 'bukan aku sorang je alami benda ni...'. Kadang- kadang hidup kita boleh jadi sama dengan orang lain, mungkin situasi yang sama, mungkin juga isu yang sama. Perkara ni lah yang buatkan kita rasa, 'dia pun alami situasi yang sama macam aku, dan dia boleh move on, kenapa tak aku?' dan ia buat kita rasa bertambah kuat sebab kita ada dia. Itulah yang Cecelia Ahern inspirasikan untuk setiap buku yang dihasilkan.


Aku dah ade 3 buku yang beliau hasilkan. P/S I Love You (yang ni wajib ada! best seller kott!), When the Rainbows End dan Thanks for the Memories! Setakat ni tu lah buku- buku Cecelia Ahern yang aku ada. Lagipun penggunaan ayat beliau penuh dengan semangat dan mudah untuk difahami sebenarnya. My dear family and friends, thanks for the memories, it will stay in my mind. My dears, when the rainbows end, there's still another hope, and there will always be another one. Psstt, I miss my family damn much and it hurts me inside! :'( 








-Things get extraordinary when you're abnormal-