Tuesday 4 December 2012

Penipuan yang tak menjadi!

Assalamualaikum guys and girls!


Post yang lepas aku ada cakap pasal aku hampir kena tipu dengan sorang lelaki ni. Bukan pasal cinta okay, tapi lebih kepada penipuan duit. Harini aku lagi tergerak hati nak cerita pasal ni sebab dengan tak disangka lelaki yang cuba tipu aku tu suruh aku add Fb dia. Annoying tak? Sangat! 


Nak memulakan cerita, ada satu website (Tagged) yang aku pernah sign up tak lama dulu, tetiba lelaki yang dikatakan namanya 'Frank Jeo' hantar mesej yang mintak aku add Fb dia. So aku dengan naifnya add dia as a friend. Setelah chatting selama sejam dua, dia bagitau yang dia nak kasi aku hadiah sebab aku buat dia happy. 


Nak dijadikan cerita, kononnya dia pun hantarlah hadiah tu, lepas tu ada someone contact aku suruh check email. Perfect dia punya penipuan tu. Kononya dia kasi aku barang kemasla, duitla, kasut, beg bagai. Dan aku diminta bayar untuk tax. Konon! Tapi aku bukanlah senaif yang disangka. Aku call that person balik and then text dia lagi. Bila lelaki tu duk gesa aku suruh bayar tax semua, kononnya takut barang tu tak sampai kat tangan aku la, daripada situ aku sangat pasti yang dora ng dah rancang baik punye penipuan! Aku cakap, kalau nak barang tu sampai kat tangan aku, bayar je lah sendiri! Dan aku jugak contact 'office' tu balik dan cakap yang aku dah tau pasal penipuan tu. Haha. Kat  bawah ni aku sertakan gambar yang aku dapat.






Aku pun nak block dia, hmmm tak sempat nak block dia dah deactive pun. Dan sekarang tetiba suruh aku add dia, tau la aku tukar profile picture tapi haih, nak menipu pun tak pandai! Dahla, penat aku cakap pasal orang yang tak penting ni. *Nak cari nangka kat pasar malam, tapi hari nak hujan. -.-' Kbai!





-Things get extraordinary when you're abnormal-


Cecelia Ahern

Assalamualaikum guys and girls!


Cecelia Ahern. Aku memang adore sangat penulis dari Ireland ni, sebab cara Cecelia Ahern menulis lain daripada yang lain. Setiap buku yang beliau hasilkan boleh bagi kesan kat pembaca. Setiap karakter yang beliau tonjolkan boleh bagi satu semangat yang baru, yang 'bukan aku sorang je alami benda ni...'. Kadang- kadang hidup kita boleh jadi sama dengan orang lain, mungkin situasi yang sama, mungkin juga isu yang sama. Perkara ni lah yang buatkan kita rasa, 'dia pun alami situasi yang sama macam aku, dan dia boleh move on, kenapa tak aku?' dan ia buat kita rasa bertambah kuat sebab kita ada dia. Itulah yang Cecelia Ahern inspirasikan untuk setiap buku yang dihasilkan.


Aku dah ade 3 buku yang beliau hasilkan. P/S I Love You (yang ni wajib ada! best seller kott!), When the Rainbows End dan Thanks for the Memories! Setakat ni tu lah buku- buku Cecelia Ahern yang aku ada. Lagipun penggunaan ayat beliau penuh dengan semangat dan mudah untuk difahami sebenarnya. My dear family and friends, thanks for the memories, it will stay in my mind. My dears, when the rainbows end, there's still another hope, and there will always be another one. Psstt, I miss my family damn much and it hurts me inside! :'( 








-Things get extraordinary when you're abnormal-


Monday 3 December 2012

Short semester!

Assalamualaikum guys and girls!


Dah hampir 4 minggu aku menjalani short semester ni, dan cuma tinggal lebih kurang 4 minggu je lagi aku akan grad daripada CFS IIUM. And you know what I don't think I'm ready for degree time and stuff. Untuk short semester ni aku amek satu je subjek which is Linguistic. Linguistic yaw! Linguistic ni pasal Study of English Language. Subjek ni agak menarik sebenarnya sebab aku boleh kenal pasti sape- sape yang cuba nak tipu aku tu.. So beware peeps! Haha. Oh one more thing, cakap pasal tipu ni, aku hampir kena tipu dengan sorang mamat (ntah dari planet manalah asalnye.). Yang tu aku cite kat post lain ye...


So Linguistic is all about learning and acquiring the language, and of course it would be English. Stop pasal Lingustic, let's talk about this really, really short semester. 4 minggu aku kat sini, apa yang aku buat? 2 kali ke Jalan TAR, 2 kali ke Mid Valley, sekali ke UKM dan satu kuiz. That's it! Nampak tak betapa jauhnya perbezaan tu, haha. Untuk kuiz aku dapat, Alhamdulillah markah yang aku sangat- sangat puas hati. *Ni bukan bangga diri doe. Short semester ni asyik melayan Twitter, Facebook, dan Tagged je kejenya. By the way, aku baru je sign up for Twitter (macam jakun je bunyinye.) Sebenarnya aku tengah promote ni, search nama aku je ye. *Muka tak malu. Kbai!





-Things get extraordinary when you're abnormal-

Sunday 2 December 2012

Pedih!

Assalamualaikum guys and girls!


Sakit kan kalau kita kena tipu dengan orang yang kita sayang? Whether we like it or not, kita macam orang tak betul bila dapat tau yang kita kena tipu, lagi- lagi dengan orang yang paling kita sayang. Hati rasa macam disiat- siat, macam kena tusuk pun ada kan? Pedih rasanya kan? Boleh kita nak tipu orang lain, "aku okay, aku tak apa- apa.." tapi diri sendiri, kau boleh tipu? 

Hidup rasa macam tunggang- langgang, macam kena lambung dengan tsunami.. Rasa macam nak mati pun ada kan? Rasa macam, "sampai bila- bila pun aku tak nak dan tak akan percaya kat orang!".. Penat kan? Penat bila kita baru nak percaya kat orang tapi orang tu tipu kita.. Penat. Letih. Dunia, tolonglah adil...



-Things get extraordinary when you're abnormal-

Tuesday 9 October 2012

I'm upset tonight!

Assalamualaikum guys and girls!


Pe habaq sume? Hopefully korang semua baik-baik je lah ye. Hari ni secara rasminya, semua kelas aku dah habis. Nampaknya tinggal final exams je lah lagi. I'm not that ready for final actually.. Tiba-tiba malam ni rasa cam sedih pun ada. Yelah, ni lah last long semester aku, tahun depan dah start degree, insya Allah. So semester ni lah semester last kitaorang dapat jadik roomates. Dah setahun setengah dah, tanpa sedar kan? Malam ni rasa macam 'hmm.. tinggal tak sampai dua minggu pun lagi kitaorang stay together, and then...' Aku kalau boleh nak stay bilik sama till forever lah! Memang tak dapatlaa kann..

Seriously malam ni aku macam mengimbau balik kenangan dulu-dulu (bajet tua doe..). Lagi-lagi rumah nun jauh pantai timur, makin terasala kan. Kalaulah waktu boleh diputarkan kembali, aku nak hargai setiap saat yang ada. Menyesal pun tak guna kan? Sebab tu lah orang cakap bila kita dah masuk U, rindu pulak kat zaman sekolah dulu. Haih, still aku appreciate apa yang ada kat sekeliling aku, tapi kalaulah boleh, aku nak semua yang pernah wujud dalam hidup aku still be at my side now, and please don't move on, although a liitle bit.. Tapi boleh ke? Kbai!





-Things get extraordinary when you're abnormal-

Friday 5 October 2012

Presentation!

Assalamualaikum guys and girls!


How presentation can make me becomes a better person? You know what? (Of course I don't!) For me, when I present a presentation for sure I'll become nervous and have butterfly. It always goes like that. Why? The most crucial thing that I learnt from my subject is when we do not practice at all and we have nothing in our mind about the topic. So, please do lots of practices before you have your real one!

What nonsense am I talking about.. The thing is when I am standing in the front for a presentation automatically all the things depend on me whether it goes smoothly or not. So the way I make myself a bit confident by keeping my mind focusses on what I am going to tell the audience and the efforts that I have put until I reach that stage.

That's the thing that I have learnt from this semester and yeah it really precious to me. I love seeing myself do a great presentation! Don't u? Kbai!




-Things get extraordinary when you're abnormal-

Say "WELCOME' to me!

Assalamualaikum guys and girls!

This is my very first entry! Yeahhh, say "WELCOME" to meeee! Actually ni bukan first blog aku sebab dengan kepandaian yang aku ada, aku dah meng'delete' blog lama aku. Blog tu pun baru nak menjengah zaman kegemilangan dia tetiba aku dah buang jauh daripada hidup aku (yang tu memang bajet!). Dan sekarang my new blog, seriously new sebab aku baru sign up tadi je disebabkan kebijaksanaan aku (again!) delete google account. 


Sebenarnya aku nak nak cari sorang pengedit blog tegar (buruk betul ayat aku)  yang boleh mengedit blog aku yang 'lawa' ni. Tapi sangatlah diharapkan pengedit tersebut tak mengenakan harga semahal sebijik banglo. Kbai!





-Things get extraordinary when you're abnormal-